Gua Musang Eko Challenge 2008
Rasa macam dah lama sangat tak update blog ni. Selalu sangat x der masa… hari ni baru balik dari Gua Musang. Mood pun tak berapa baik bila sampai kat rumah. Mungkin terlampau letih. Tak tahu macammana nak gambarkan betapa bersyukur aku dapat peluang ni untuk join program tu. Walaupun tak banyak aku dapat bantu (sebab aku datang lambat), sekurang-kurangnya aku dapat belajar… Dan aku bawak sayangku sekali, dan juga Adib kerana aku tahu mereka berkongsi minat denganku. Rasa bertuah sangat2… Tapi aku tahu, masalah aku aku susah nak bagi komitmen sebab aku bekerja, dan kerja ku x tentu tahap kesibukannya. Dan aku tahu juga itu yang akan menghalang aku dari nak capai level 3. Huhuhu!! Tengoklah macammana…. Akan ku cuba jugak nanti.
Balik dari Gua Musang tu, singgah cameron highlands (since cameron agak dekat dengan gua musang). Belila macam2 sayur-sayuran dan juga buah limau. Sedihnya, tempat aku selalu beli strawberrytu, strawberry dia dah abih. X perla, x der rezeki kami…. Lepas tu turun, makan kat hentian tapah…Dan sekarang, aku sangat bersyukur kerana dapat pengalaman semua ini. Dan juga selamat pulang ke rumah. Alhamdulillah!!!
