Perasaan!!!!!!
Keliru! Itulah perasaan aku sekarang. Tercari-cari aper yang berada dalam hati ini. Antara restu keluarga, atau perasaan hati kecil yang nakal. Selalu aku bertanya pada diri, haruskah aku terus berjuang, mecorak kehidupan aku, atau hanya bergantung pada takdir. Namun, aku tahu, restu mak abah lebih penting dari segala-galanya. Dan aku yakin, dengan restu mereka, kebahagiaan akan aku kecapi. Aku redha dan terima sepenuh hati, walaupun sekarang ni perasaan aku sakit….Sakit sangat….Kerana ada ‘consequences’ dari segala ini. Hilang kawan, mungkin. Tapi ini hidup aku…..Selagi ada ‘adik-beradik’ aku, shida, linda yang terus sokong aku…Aku akan terus bertahan…Doakan aku bahagia, dan rezeki aku murah. Aku tahu, tapakku masih belum kukuh, tapi, sahabat…aku harap, izinkan aku terus mencorak masa depanku. Dan aku harap persahabatan kita terus terjalin walaupun ada tali yang akan mengikati aku…..
no comments yet.
