Anniversary of Work and Perkad 2008
Hari ni genap setahun aku di RMC…Pejam celik, pejam celik, dah setahun. Tak sangka bertahan jugak aku kat sini, hehehehe…… Kontrak aku dengan RMC bakal tamat november ni, tak pasti dapat renew ke tak…Tgh usaha intai2 peluang lain…Hai….aperla nak jadi ni…Asyik x tetap ler. Tapi x per, rezeki di tangan tuhan. Mungkin ader hikmahnya…
Semalam pergi menjenguk PERKAD 2008 (Pertandingan Kawad Kaki 2008) kat itm…Lama rasanya x menjenguk bebudak komander…Rindu memang sentiasa, tapi disebabkan betapa payahnya sekarang ni nak masuk itm, buatkan aku malas nak ke sana.
Perkad tahun ni aku tgk, hambar dia punyer persiapan dan pertandingan. Tak ramai budak2 ngan komander yang ada. Ramai yang pergi camping. Semua nak kejarkan sebelum puasa. Tapi alumni yang aku kenal, ramai yang datang. Ada yang bawak pasangan masing2, ada yang bawak anak jugak…. Soalan cepu emas, "bila nak kahwin?", asyik ditanya pada aku…Haii!!!sabarlah wahai sahabat2 aku…tiba masa yang sesuai, adala kad undangan menyusul…
Tapi, apa yang membanggakan aku, kebanyakan dari junior-junior yang aku didik dulu, kini dah ditauliahkan sebagai Komander Madya. Malah, ada yang kata pada aku, "saya dapatkan ini sebab akak…"(thanx izzati). Aku sendiri tak ingat apa kata-kata aku pada dia, tapi mendengarkan itu, aku cukup terharu dan berbangga. Macammana abang Arman cakap kat aku, encourage aku , macam tula yg adik2 aku bagi pada aku. Satu penghormatan, dan satu kebanggaan pada aku bila aku tengok tu. Walaupun aku tahu, title tu hanya dalam kesatria dan ITM, tapi, percayalah, itu adalah satu persediaan yang boleh kita apply masa bekerja nanti. Dan kepada Naguib dan Nizam, both of you are really my brother…. Makes me really proud of you!! Just untuk adik2 yang baru naik pangkat tu, ingatlah, pentauliahan tu bererti amanah dan tanggungjawab bertambah…Dan itu bukan untuk berlagak sahaja, tapi ade tanggungjawab berat yang perlu anda pikul….dan imej dan nama yang perlu anda jaga! Dan bererti kena tahan segala kutukan dan makian orang juga…huhuhu!!! Semua ni buat aku rindu dengan alam student dulu!
Kaylah, stop bout that first….Continue in another post….!End!
