Untuk Insan yang Aku Sayangi dan Menyayangi Aku!!
Menyayangi dan disayangi, satu kata akar, tapi bila ditambah dengan imbuhan samada di depan atau dibelakang nya, perkataan yang satu itu akan berubah maknanya…Inilah hidupku kini…Tersepit antara satu perkataan yang berlainan imbuhan yang menyebabkan lain maksud….
Menyayangi….
Aku menyayangi seseorang….(Sorry guys, this doesn’t mean i do not love my friends.)Menunggu sekian lamanya…selepas perhubungan yang sebelum ini terputus di tengah jalan… Menanti dalam ketidakpastian, tanpa apa-apa ‘hint’ dan kerana kebodohan aku, aku setia menanti yang tidak tentu.
"Terima orang yang sayangkan kita, bukan orang yang kita sayang…..Kerana kalu orang yang sayang kan kita, dia akan benar-benar sayangkan kita sampai bila-bila, tetapi apabila orang yang kita sayang, kita takkan tahu samada dia benar-benar sukak kita atau hanya kesiankan kita" - betul ker???
Disayangi…….
Insan yang menyayangi aku….Datang secara tiba-tiba…Tanpa ribut, tanpa angin, semuanya secara tiba-tiba…. Tidak pernah sekalipun ku impi bahawa jejaka ini akan tertarik hati kepad aku. Pertemuan kembali sewaktu majlis makan malam membuka tirai perkenalan baru. Beberapa pertemuan mengakibatkan aku menerima mesej luahan perasaan darinya. (Seolah aku telah menjangka semua ini), dengan sopan, aku memohon pengertian. hatiku masih kepadanya. Tidak sanggup lagi rasanya menerima orang lain selain dia, selagi belum ada kata putus dari ‘nya’. Aku semakin keliru, tersepit antara menyayangi dan disayangi….Namun, untuk insan yang menyayangi diriku…Hatiku masih terbekas dengan kenangan antara kita. Segala kutukan, cacian, waktu dahulu, masih terngiang-ngiang. Mungkin salahku, namun ada juga salahnya. Sukar untuk aku terima, kerana aku tahu, suatu masa dahulu, aku amat tidak disukai dan dibencinya…Mengapa sekarang? Apabila aku sudah punya kekuatan untuk berubah, terus sahaja menyukai aku…. Aku sudah memaafkan, tetapi sukar untuk melupakan semua itu. Tidak kunafikan, dirinya kusenangi, terdetik rasa ’suka’, tetapi tidak lebih. Aku berpijak pada bumi nyata, dan kutahu sukar untuk bersama…Diburu bayang-bayang silam, antara sahabatnya dan dia, kenangan dan pengalaman lampau, juga orang yang aku sayangi. Aku sedar, dia mampu berubah, andai aku menginginkannya, namun, aku tak mahu, andai dia aku terima, aku menyiksa dan membohongi perasaan ku ini, sekaligus melukakan hatinya di kemudian hari…Kerana itu, ku berharap dia memahami sebelum aku melukakannya….
Tuhan, tolongla aku menghadapi ujian ini. Aku dalam dilema……..
