Apalaa Aku Ni!!!

Posted on February 19, 2006 by zuekechik.
Categories: Uncategorized.

Minggu ni, memang aku sibuk. Demam aku tak berapa baik lagi, tapi aku dah balik ke Shah Alam. Presentation banyak giler. Lagipun, Minggu Kualiti Komander dah nak berlansung. Tu yang aku gagahkan jugak balik. Sem ni last, aku pun teringin gak nak mengajar orang. Aku nak gak buktikan yang aku berani buat, sahut cabaran sayang. Yelah, sebelum ni aku tak yakin yang aku boleh mengajar kawad dengan baik. Adala jugak kawan-kawan aku yang bagi semangat. Jenuh jugak sayang ajar aku. Tapi aku yang main-main. Apala aku ni,kan? Alhamdulillah, MKK kali ni, aku memang enjoy. Walaupun aku rasa agak kejam la ngan junior-junior. Kesian diaorg. Jahat betul aku ni.

Sayang balik shah alam minggu lepas. Terubat la rindu aku. Tapi, tak tau apa jadi ngan aku, dalam seminggu yang lepas, mood aku tak menentu. Asyik nak marah. Mungkin sebab terlalu letih. Yelah, badan tak berapa sihat, banyak assignment lagi. Tu yang pening-pening lalat sikit tu. Yang dia pun, sabar je la dengan aku. Teruk betul la aku ni!

Dalam minggu lepas, masa hari Asyura,(mungkin sehari lepas tu), aku genap 24 tahun mengikut bulan Islam. Ya, 28 Okt 1982 merupakan 10 Muharam @ 11 Muharam. Tapi, orang mana peduli pada bulan Islam. orang just ikut bulan omputeh.(Jgn marah kawan2!). Tapi dalam diam, aku rasa sayu. Malam tu, aku buat solat tahajud. Time tu aku rasa damai jer. Bila aku tidur selepas tu, orang-orang yang pergi meninggalkan aku datang. Aku tak tahu apa tandanya. Cuma yang aku tahu, Arwah Adik, Fauzi (yang mana lahir sama hari dengan adik, 9@10 Muharam) ngan Alang datang. Dalam mimpi tu, aku ingat ada di kawasan tepi air terjun, dan aku nampak mereka. Tanpa suara dan juga apa2 pesanan. Aku cuma anggapkan, aku terlalu rindu dengan diaorang. Nampak diaoorang tak lama, cuma sekilas. Tapi aku tahu itu diaorang. Entahlah, aku terlalu sayangkan diaorang. Tapi aku cuma mampu untuk doakan kesejahteraan mereka. Al-Fatihah!!! Semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.