Rindunyer!!!!!!

Posted on June 8, 2005 by zuekechik.
Categories: Uncategorized.

Kadang-kadang, apabila berjauhan, baru kita tahu erti rindu, erti sayang dan erti cinta. Entahlah. Aku tak peduli kalau orang kata aku jiwang. Tapi, memang hati aku macam tu. Mudah terusik, mudah terbuai. 2-3 hari ni, aku tahan diri aku dari menelefon dia. Yelah, kalau aku telefon pun, dia macam endah tak endah jer cakap dengan aku. Memang hati aku terluka. Entahlah, mungkin aku terlalu cemburu dan sensitif.

Berjauhan, membuatkan aku berfikir, aku sememang tak ditakdir untuk hidup dengan orang yang terlampau mementingkan kerjaya. Yg selalu outstation. Aku kena duduk ngan orang yg sederhana hidupnya. Yang akan selalu ada depan mata aku. Tapi, nak buat macam mana, itu yang aku dapat.

Kadang-kadang otak nakal aku ni terfikir, sayang aku ni sebenarnya bercinta dengan siaper? dengan aku atau dengan x-girlfriend dier. Aku tak tahu samada apa yang dia citerkan kat aku cara dia waktu masih lagi dengan ‘orang lama’ dia tu betul atau tidak, cumer kadang-kadang aku terasa cam lama kelamaan, dia dah layan aku macam tu jugak. Dan aku pulak, memang masa mula-mula kami kawan @ couple dulu, dia didik aku untuk jumpa @ hubung hari-hari. Aku dah biasa dengan macam tu semua, susah untuk aku nak ubah secara drastik. Sabar jelah

Tapi, bak kata abang, waktu bertunang ni, pemikiran dan cara dah jadi lain. Jadi, apa yang dia nampak perubahan aku, aku makin matang, dan makin ‘terlampau’ sensitif. Mungkin. Segalanya mungkin. Aku pula rasakan, aku takut pada bayang-bayang aku sendiri. Tapi, apa-apa pun, aku cumer boleh berdoa, agar jodoh dan tali ikatan ini kuat. Kerana hanya satu pintaku, biarlah dia menjadi yang terakhir bertakhta di hati aku, dan aku juga menjadi yang terakhir di hati dia. Itu sahaja. Hee…tgh aku demam-demam ni, jiwang plak rasanya.

Aku betul-betul dilamun rindu sekarang ni. Tolong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Abang aku g Beijing

Posted on June 6, 2005 by zuekechik.
Categories: Uncategorized.

Ermm…dah lama aku tak menulis dalam blog.Mula2 aku ingat nak citer kisah aku  lagi masa kat sabah, tapi abang aku larang. Takpela.

Kali ni sayang aku pegi beijing pulak. Lama jugak….dalam  2 minggu. Aku pun tak tahu ape kena dengan line Celcom kat sana. Dia buat roaming….tapi, MasyaAllah, susahnya nak dapatkan line kat sana. Aku rindu giler2 kat dier. Yelah, dia jarang tinggalkan aku lelama. Kalau tak jumpa pun, masih lagi dpt berhubung. Ni, lansung tak dapat. Nak  harap dia call, ermhh…alamat sampai balikler baru dia call aku. Rindunyer!!!!!!!!!!!!!!!

Dinner Hehe….tu gambar masa aku ngan dia waktu dinner kami. Kenangan pertama, sebelum kami bertunang. Kadang-kadang, bila aku tengok dia, aku terfikir, ikhlaskah dia dengan aku ni? Betulkah dia pilihan aku yang tepat. Mungkin perkenalan dan hubungan kami ini macam terlalu awal bagi kawan-kawan aku. Tapi, aku terlalu sayangkan dia. Dia bagitahu aku, dia pun terlampau sayangkan aku, tapi betulkah apa yang dia cakap? Itu kadang-kadang yang bermain dalam fikiran aku. Mungkin aku terlalu takut dengan bayang-bayang aku sendiri.

Pengalaman aku dulu, dengan ……………… (tak payah aku sebut, sumer org tahu) walaupun lama, tapi masih berbekas dalam hati aku. Kalau nak diingat, rasanya hanya tahun pertama jer aku rasa gembira. Itupun rasanya tak sampai setahun. Terlalu banyak rahsia, terlalu banyak perbalahan antara aku dan dia. Takder lansung persefahaman. Dan bila dia cuba mengubah aku menjadi seseorang yang lain, aku mula tak tahan. Pengongkongan. Itu yang paling aku benci. Dan yang paling mengecewakan aku, bila kami berkawan agak lama, tapi kehadiran aku masih lagi dirahsiakan dari pengetahuan keluarga. Bila aku tanya, macam2 alasan yang diberikan. akhirnya, bila aku ambil keputusan untuk undur diri, macam2 tuduhan yang aku dapat. "Zue ada orang lain." Walaupun hakikatnya hati aku kosong, terluka. Tapi itu tuduhan yang paling kerap dilemparkan. Kawan2 semua band aku. Aku tak peduli. Aku masih ada ila dan sasa. cumer diaorg jer yang tahu keadaan aku. Thanx guys. Luv u two. bila org tanya salah siape, aku malas panjang citer. Aku just ckp, klu nak salahkan aku, aku tak kisah. mungkin kami takder jodoh. Aku tahu menda ni kecoh di kalangan kawan2 dia, tapi, untuk kawan2 ‘Hamba Allah tu’, korang tahu tak selama ni apa yang aku rasa? keperitan yang sahabat korang bagi kat aku? Sekurang-kurangnya bersama tunang tersayang aku ni, aku rasa agak bahagia. Tolongla…..jgn nilai org cumer dari segi luaran sajer. Korang takder hak nak judge aku apa2, sebab korang tak kenal rapat dengan aku. Cumer kawan2 serumah aku jer yang kenal aku luar dan dalam. Dan tolong jangan tuduh sayang aku merampas aku dari dia. Sayang aku hadir waktu aku tengah merawat hati aku sendiri. Walaupun waktu aku ‘berkawan’ dengan seseorang, namun aku masih tak menganggap serius. Mungkin ’seseorang’ tu aku kata lebih dari seorang kawan, tapi jauh di sudut hati aku, aku terpaksa akui, dia hanya dapat menjadi sahabat aku.

Maafkan aku sahabat, aku menyanyangimu, tapi aku tak dapat menyayangi kau lebih sebagai seorang sahabat.