Citer Sabah Lagi……

Posted on May 19, 2005 by zuekechik.
Categories: Uncategorized.

Alamak, aku janji nak sambung dulu. Tapi terlambat lak!

24 April 2005 (Ahad)

Masa dalam bas, dia duduk sebelah aku. Kitaorang ke pasar gaya ngan jalan2 keliling KK ari ni. Aku awal2 warning ngan dia, jgn berani2 tinggalkan aku lagi, dan lebihkan org lain. Kalau tak, aku x nak ikut blk tawau dan takkan cakap ngan dia dah….. kejam kan aku? Tapi, elok pun buat camtu. Banyak sangat dah dia wat perangai. geram aku. dia gelak….. "mama merajuk, susah nak pujuk," tahu pulak dia. Lepas makan tengah hari, kitaorg ke muzium. Masa kat kg warisan, dia main cucuk2 kaki org. Sekali tersalah cucuk, mencacak diaorg lari. Yg bebudak pompuan pelik, yg lain hilang. rerupenye sumer dah lari naik atas bas. Bertuah betul ler. Padan Muka!

25 April 2005(Isnin)

Hari ni kitaorang gi Pulau Manukan. Bengang pulak ak, mana taknye, dari semenanjung aku dah cakap aku tak nak berenang, nak naik kayak, alih-alih dia kasi kat orang lain. Pastu dia boleh cakap ngan aku, suruh gilir2. Bukan aku tak nak mengalah, atau banyak kerenah, tapi aku dah bagitau awal-awal. kalau aku tak bagitahu, takper jugak. Aku bengang balik. Dahlah goggle tak cukup. Benci betul. Memang betul, aku serik nak buat program untuk MPKK. Diaorang nampak jabbar jer, tak tahu aku pun teruk gak buat menda ni. Sabar jela. Biarlah, peduli aper korang nak cakap, aku tahu, nampak cam aku tak ikhlas buat menda ni sumer. Aku ikhlas, just korang sendiri tak pandai nak respek perasaan org lain. Last2, adik kasi aku goggle ngan snorkel dia. "Takpandai la kak, rimas pakai," nizam…nizam…. rimas, atau kau tahu apa yang kakak ko ni rasa. adik, ko jela paham akak, kan? Kalau la John ader time ni. Rindu plak kat adik yang sorang tu. hehe…… Tengah berenang-renang, aku terperasan ikan makin lama makin besar. rerupenye aku ‘ter’pegi tempat dalam. 2 kali aku lemas. Sayang aku gelak jer….. sabor jela.

26 April 2005 (Selasa)

Awal pagi kitaorg bertolak ke Kinabalu Park. Tapi, bas buat hal lagi. Terpaksa patah balik ke UiTM. Tukar bas. Dalam pukul 10.00 pagi kitaorang sampai. Semua urusan setel dalam kul 10.30. Dalam kul 11.00 kami mula mendaki. Guide kami, Ajidey, Pakcik ngan Pakcik Bumin. Ya Allah! dapat Ajidey lagi. dahlah dulu dia la guide yan paling kerek sekali. tapi kali ni, Alhamdulillah, dia ok pulak. Buat lawak, kira bertanggungjawab ler. mungkin pengalaman mematangkan dier… hehe….. Aku target nak buat paling lama pun 5 jam, tapi terpaksa tunggu yang belakang2 tu. En. Azizan especially nya. Tarik Kak Fara, sama Iejan. Dil pun dah pancit sekarang. takpela. Sampai lebih kurang dalam kul 4 petang. Matahari masih ada lagi. Sempat la aku menikmati peremandangan kat atas tu kejap. tapi tak nampak aper….penuh awan. malam tu, kitaorg pegi waras hut, laban rata tak der tempat masak laa……aku semput sbnrnyer…tapi, aku gagahkan jugak…. Hai…bolehker aku naik ke puncak besok, ni?

27 April 2005 (Rabu)

Pukul 1.30 pagi, kitaorg naik ke Gunting Lagadan. Dada aku rasa ketat sangat. Angin tak kuat, tapi sejuk sangat. torchlight, tuala aku, sumer hilang. aku tak sedap hati, cam sumer menda tak kasi aku naik. sayang aku dah risau, "ma….kalau tak boleh naik, jangan paksa.Nanti nak turun susah," ni cam tak kasi aku naik jer. takperla…aku hantar diaorg sampai ke pintu masuk. masa diaorg pegi, airmata mengalir. sedihnyer……aku nak naik.!!!! Kul 8.00 pagi, tengok2 dia dah balik. awalnyer… "pa lari turun bawah, tinggalkan fara ngan dil, tak larat nak tunggu. " cis kejam! dil blk2, bgth kak fara kena dukung ngan aji dan pakcik. abih la abang fadil….hehehehe……kitaorg sampai bawah dlm kul 2.00 ptg. mlm tu buat barbecue. Sekali budak bk sabah histeria. 4 org skali. abih barbecue, aku ngan sayang gi jenguk bebudak tu. dalam kul 2 gak aku tido. letihnyer.

28 April 2005 (Khamis)

Flight yang lain delay sampai kul 9.00 pagi. Aku ngan sayang balik tawau kul 8.00 malam. kematu gak laa 9 jam atas bas.

Citer pasal kat tawau….aku citer lain kali. penat dah.

Kenangan di Sabah

Posted on May 13, 2005 by zuekechik.
Categories: Uncategorized.

22-28 April 2005 - Program Survival III dan Bakti siswa

22 April 2005 (Jumaat)

Pukul 11.30 pagi, sayang aku bagitahu yang bas ke klia takde. Kesian jugak dia nak kena tepon unit pengangkutan banyak kali. Pastu, kena tepon air asia, firdaus kena ganti tempat zaina. Susah jugak. Tapi alhamdulillah, sumer halangan tu akhirnye lepas jugak. kul 12.30tgh hari, kami sampai di klia. Tapi, aku rasa hari ni, memang menguji iman. flight kami delay sampai kul 5.30. Kesian bebudak ni, x dapat tengok keadaan KK waktu siang. Kami sampai di UiTM Sabah jam 9.00 malam.

23 April 2005 (Sabtu)

Awal-awal pagi aku dah bangun. Dalam pukul 4.30 pagi. Terasa kepala berpusing. Sah! aku dah demam. Yelah, dari jambori, sampai sekarang, aku tak rehat-rehat.  Hari ni kami ader program Khidmat Masyarakat di Rumah Orang Kurang Upaya di Inanam. Naik-naik bas, sayang aku perli, "gunung kinabalu melambai-lambai," aku terasa giler. Bebudak lain gelakkan aku. Bengang pun ader. Satu hari hilang mood aku. Dahlah sayang aku buat plan ngan yang lain, x inform langsung ngan aku. Dah last minute br bg tahu. Aku betul2 rasa cam terpinggir. biarla. masa naik bkt botak, aku kuatkan semangat, aku diam jer. malas aku nak peduli orang sekeliling. Aku bagi arahan pn, ader orang lain yang kasi arahan lain. Masa jalan dalam hutan, tiba2 memori lama mengimbau semula. Bayangan Alang, adik, ngan kawan-kawan masa JIP datang. Seboleh-bolehnya aku tak nak ingat. Waktu tu aku betul-betul rasa kesunyian. Kenangan dengan Alang, yang setiap kali kami ader program bersama, di mana dia akan jaga aku sebaik mungkin, sentiasa datang. Waktu sampai hampir ke puncak, aku bagi laluan pada orang lain, biarlah diaorg jer yang naik. Kawasan di puncak tu semua berlalang. Aku duduk dalam lalang-lalang tu, baring……Alang dulu suker duduk dalam lalang camtu. Ah….kenangan tu datang lagi. Sedaya upaya aku cuba tahan airmata aku. Alang terlalu baik, terlalu baik sehingga takder saper pun yang dapat menandinginya dalam hati aku. Sayang aku datang, cuba pujuk aku, tapi aku buat tak endah. Mungkin aku sendiri cuba lari dari kenyataan. Kenyataan bahawa hati aku terluka. Dalam keadaan yang tidak sihat ini, emosi dan perasaan aku mudah terusik. Mengingati alang, membuatkan aku berkhayal sendiri. Mengenangkan adik, membuatkan aku rasa dihargai. Selama ini aku cuba menahan dan membuang sejauh mungkin memori itu, tapi semakin aku cuba melupakan, semakin ia kuat mencengkam, 8 tahun, bukan satu waktu yang singkat. dan selama 8 tahun juga aku berperang dengan perasaan sendiri, cuba meyakini bahawa alang dan adik tiada lagi. Tapi, separuh dari diri aku menafikan. Tuhan, berilah aku kekuatan.

Malam itu, mak tepon. Aku menangis dengan mak. Bukan niat aku untuk merisaukan hati mak, cuma aku takder saper nak mengadu. X de saper untuk aku meluahkan perasaan aku. Dia tanya kenapa aku menangis, tapi aku bagi alasan. Buat aper aku bagitahu kalau dia sendiri tak ingin nak memahami. Balik tu dia cuba berbaik dengan aku, tapi bila aku nak luahkan semuanya….dia larikan diri. Terlalu takut dia nak hadapi kenyataan. Akhirnya, masalah kami tergantung tanpa penyelesaian. Entah sampai bila kami akan terus begini.

Alamakkk………..dah nak pukul 5.00 petang. besok la aku sambung cerita aku dan pengalaman aku dekat Sabah baru-baru ini.

Bye…..