Aku bangun lambat pagi ni. Jenuh jugak sayang aku tepon kejut. Hehehe…..aku tido pun lambat mlm tadi.Kemas baju, buat report. Dalam pukul 2 lebih jugak la aku tido.
Sampai depan bus stop teratai, tgk ramai tgh nunggu bas. Ermmm…… Bas ada, tp ada yg tak sampai lagi. Tumpangkan abang samad gi pejabat, sampai perindu, muka dia dah mencuka menunggu. Pastu bila naik pejabat, tetiba dia cakap dia x nak pegi jambori pulak. Sudah! Takkan aku sengsorang nak gi sana. Dalam kontijen aku, dah tinggal 20 org. Yg lain, MIA. Aku rasa nak nangis jer.
"Papa tak pegi tau. Kerja banyak tak siap,"
"Ok!" tu jer yang mampu aku jawab. Dalam hati, tuhan jer yang tahu. Rasa nak belasah dia time tu jugak. Tapi, camner……buruk baik dia pun, tunang aku jugak!
Budak2 Sarawak, datang tgh hari ni. Kena jemput diaorg kat KLIA. Waaa….. Kena pegi sorang!
Assalammualaikum,
Ini kali pertama aku menulis dalam blog. Sebelum ni aku tengok dan baca blog orang jer. Sebelum aku bercerita tentang diri aku, lebih baik aku menilai dulu dan muhasabah apa yang perlu dan tak perlu aku ceritakan. Aku bukan orang yang baik, dan aku juga bukan orang yang jahat. Aku di tengah-tengah. Macammana tu yek?
Kadang-kadang aku tertanya, bahagiakah aku dengan kehidupan aku sekarang. Kalau dari segi fizikal, memang aku rasa bahagia. Aku sendiri tak sangka dan bersyukur dengan yang aku kecapi sekarang. Tapi, kadangkala, sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari kenangan silam. Itulah aku!
Aku tahu, aku seorang yang teramat sensitif. Tapi, siapa yang menjadikan begitu? Bukan nak menyalahkan sesiapa, tapi faktor persekitaran menjadikan aku macam tu. Empat hubungan yang sebelum ini, kecundang di tengah jalan. Paling lama bertahan, tiga tahun. Kenapa? Entah….mungkin selepas ini sesiapa yang membaca dapat mengetahui dan memahami diri aku ini.